icon-search
icon-search

Resepi Ramadan: Biskut Coklat Nutella

Resepi Ramadan: Biskut Coklat Nutella

Kami ingin berkongsi dengan anda resepi kuih raya untuk anda kongsikan bersama keluarga terdekat. Jadi inilah resepi BISKUT COKLAT NUTELLA. Resepi ini sangat mudah untuk anda cuba.

Bahan-bahan:
 - Marjerin (1/2 cawan)
 - Gula kastor (3 sudu besar)
 - Esen vanilla (1 sudu kecil)
 - Telur kuning (1 biji)
 - Tepung gandum (1 1/2 cawan)
 -  Baking soda (1/2 sudu kecil)
 - Tepung beras (1 sudu besar)
 - @medellacoco Coconut flour (1 sudu besar)
 - Serbuk badam (1 sudu besar)
 - Coklat Nutella


Cara-caranya:
1. Masukkan marjerin, gula kastor, esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
2. Masukkan pula telur kuning dan kacau lagi.
3. Ayakkan tepung gandum, baking soda, tepung beras, dan @medellacoco Coconut flour. Masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau sekali.
4. Uli sebati sekali bersama serbuk badam.
5. Bulatkan doh dan tekan di tengah-tengah.
6. Bakar menggunakan ketuhar pada suhu 160c selama 30 minit.
7. Setelah siap, picitkan Nutella ditengah dan sejukkan.

Selamat mencuba!



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping