icon-search
icon-search

Resepi Ramadan: Kuih Sagu Kelapa

Resepi Ramadan: Kuih Sagu Kelapa

Resepi kali ini ialah kuih tradisi yang boleh dijadikan pencuci mulut ketika berbuka puasa. KUIH SAGU KELAPA. Menggunakan bahan yang mudah pastinya menjadikan resepi ini sesuai di masak oleh semua.

Bahan- bahan:
- 2 1/2 cawan air
- 1 cawan sagu
- 3/4 cawan gula pasir
- Beberapa titik sirap perisa rose dan pewarna merah
- Medella Desiccated Coconut + sedikit garam - gaul


Cara cara:

  1. Didihkan air bersama perasa sirap hingga mendidih. Bila air dah telah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.
  2. Kemudian bila dah nampak pekat sikit, baru dimasukkan gula pasir. Kacau sehingga pekat.
  3. Bila dah likat sikit, masukkan ke dalam loyang untuk dikukus. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih putih (dalam anggaran 20 - 30 minit).
  4. Sejukkan sagu di luar. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama sama Medella Desiccated Coconut. Siap untuk dihidangkan.


Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping