icon-search
icon-search

Berbuka dengan MEE KARI

Berbuka dengan MEE KARI

Resepi berbuka yang ingin kami kongsikan pada hari ni ialah MEE KARI. Ianya sangat sesuai dijadikan juadah berbuka bersama keluarga. Dengan tambahan bahan dari Medella ia akan menjadikan Mee kari anda terasa sangat istimewa.

Bahan kisar:

  1. Sebiji bawang besar
  2. 7 ulas bawang merah
  3. 5 ulas bawang putih
  4. Sedikit halia
  5. 2 batang serai potong kecil 
  6. 2 sudu besar serbuk cili

Bahan tumis:

  1. 2 batang serai 
  2. 2 pelepah daun kari
  3. 1 batang kulit kayu manis
  4. 2 kuntum bunga lawang
  5. 3 biji buah pelaga
  6. Rempah kari daging + rempah ikan 
  7. 1 paket Medella Coconut Cream Powder 
  8. Sebiji ubi kentang
  9. Minyak Masak Kelapa Medella

Bahan lain:

  1. Ayam (potong kecil)
  2. Fishball (potong dua)
  3. Fish cake (potong nipis)
  4. Udang (buang kulit)


Cara-cara:

  1. Gunakan Minyak Masak Kelapa Medella untuk menumis bahan tumis.
  2. Selepas itu masukkan bahan kisar.
  3. Tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan rempah kari ikan + daging.
  5. Masukkan segelas air biarkan mendidih.
  6. Masukan ayam.
  7. Masak hingga mendidih atau pecah minyak.
  8. Masukkan kentang yang dipotong dadu.
  9. Masukkan fishball, fishcake dan udang.
  10. Masukkan sekeping asam keping.
  11. Boleh tambah sedikit air jika pekat. Masak sehingga mendidih.
  12. Setelah mendidih masukkan dua cawan Medella Coconut Cream Powder yang sudah dicampur air seperti santan.
  13.  Masukan gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Sentiasa mengacau supaya santan tak berketul, masak sehingga mendidih sekali lagi.
  14. Dah siap. Tambah air jika pekat dan ubah mengikut kesesuaian anda. Tuang ke dalam mangkuk berisi mee kuning dan sayur kegemaran anda.


Selamat mencuba!



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping