icon-search
icon-search

Berbuka dengan Rendang Ayam ala Medella

Berbuka dengan Rendang Ayam ala Medella

Bahan-bahan:

  • 1kg ayam, dipotong
  • 15 ulas bawang merah, dikisar
  • 10 ulas bawang putih, dikisar
  • 2 kotak santan kecil
  • 2 helai daun kunyit, dihiris halus
  • Minyak Masak Kelapa Medella untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar Gula Kelapa Medella
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar kerisik

Bahan untuk dikisar:

  • 2 senduk cili kering
  • 4 tangkai cili padi
  • 2 labu bawang besar
  • 2 inci kunyit hidup
  • 6 batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 bigi buah keras

Cara memasak:

  1. Panaskan Minyak Masak Kelapa Medella dan tumis bawang sehingga kekuningan.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak
  3. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut dan kering sikit.
  4. Masukkan santan dan air secukupnya. Masak dengan api kecil sehingga kuah pekat dan ayam masak.
  5. Masukkan garam, Gula Kelapa Medella, asam keping serta daun kunyit dan masak sehingga gula pecah sebelum memasukkan kerisik.
  6. Dah pun sedia dihidangkan.


Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping